-->
Idowp Aku SingLe !

Photobucket
Teringat masa dulu2 nak raya..hurmmm
Ditulis Oleh Zulaeman

Pages

  • Home
  • Tentang Zul Aeman
  • Free Downloads Zul Aeman
  • Tutorial & Tips Zul Aeman

☺Berita Sukan : Van Der Sar Yakin Keupayaan De Gea

KUALA LUMPUR - Penjaga gol legenda Manchester United, Edwin van der Sar tidak bimbang dengan keupayaan penggantinya, David de Gea, bagi meneruskan legasi kejuaraan Red Devils pada musim akan datang.
Dia yang ditemui pada majlis Jelajah Trofi Juara EPL Asia di Galeri Starhill, Bukit Bintang berkata, keyakinannya itu berdasarkan sistem pencarian bakat United merupakan yang terbaik dan telah terbukti berjaya dalam mendapatkan pemain-pemain berpotensi besar.
''De Gea mampu menyinar di United, saya rasa bukan satu masalah buatnya memegang status penjaga gol utama di Old Trafford," katanya kepada media.
De Gea yang merupakan penjaga gol Bawah 21 Sepanyol merupakan pemain terbaru yang berjaya dibeli oleh Alex Ferguson 17.8 juta pound dari Atletico Madrid. Malahan, penambahan tiga pemain baru dalam skuad United mampu mengukuhkan cengkaman pasukan itu dalam menghadapi pencabar lain pada saingan 2011/12.
"United pasti bertambah mantap pada musim hadapan, tiga pemain baru yang dibeli dijangka menguatkan lagi pasukan bagi mempertahankan kejuaraan liga dan memburu trofi kejuaraan Eropah," katanya.
Alex Ferguson telah berbelanja kira-kira 50 juta pound bagi mendapatkan beberapa muka baru seperti Phil Jones, Ashley Young dan De Gea.
Van de Sar sebelum itu sempat melayani permintaan peminat pada sesi autograf dan turut bergambar dengan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang juga kebetulan peminat Red Devils sambil memegang trofi EPL.
Menjelaskan aktivitinya selepas persaraan, dia yang memberitahu telah pulang ke Belanda mahu berehat selama setahun sebelum membuat sebarang keputusan sama ada kembali ke arena bola sepak dalam bidang kejurulatihan.
''Saya kini banyak menghabiskan masa bermain tenis dan golf, memang saya ada mendapat tawaran daripada United untuk menyertai pasukan jurulatih, mungkin selepas setahun saya akan memikirkan tawaran tersebut," jelasnya. - utusan.com.my

Anda Suka ! Anda Like !

penat menulis dari Zul Aeman at 10:06 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Suka Blog ? Like

Shout ! Lepas Follow !


ShoutMix chat widget

Copy Kat Blog Anda ! Kalau Sudi !

Photobucket

Followers

Lama punya !

Theme images by sandsun. Powered by Blogger.